Friday, January 27, 2012

Melaka (Part 2)




Kalau nak ikut kemalasan diri yang sangat nazak ni memang tak senang duduk aku. Eceh. Dah bosan online fb yang suram harini so aku bukak la folder-folder gambar yang berjaya dikumpul sepanjang sem lepas. Mak aih bapaklah banyak album berjaya dicollected. Antaranya ialah album time pegi Melaka bulan 10 tahun lepas.


Aku dah up entry PART 1 bulan 11 tahun lepas. So moh kite up PART 2 pulok. Meuhehehe keji betul. Oh ye, penginapan sepanjang trip telah disponsor oleh Mak Uteh @syulolaqaseh. Maka berlaku penjimatan yang sangat berbaloiiiii giler dari segi penginapan plus makan hahaha.


Gasak ah aku bagi tengok gambar je. Tak rela nak cerita panjang^^panjang ;P





Muka happy dapat bekalan dunia akhirat kehkehkeh.


Aktiviti pertama day 1 waktu malam adalah ke menara tamin sari. tercapai juga impian dan harapan nak naik mendealah ni. naik malam-malam best sebab boleh tengok lampu-lampu seluruh bandar melaka. tapi kalau naik waktu siang pun okay gak. boleh tengok selat melaka :D





Tengah tunggu turn nak naik. 




Dah masuk dalam menara tu. Sejuk gile babeng dalam ni. Ekon kemain max kan.  Masa memula nak naik tu agak gayat sikit hokeyh sebab bergoyang-goyang. Tapi bile dah statik kat atas tu gua relaks je berdiri :D




View bandar melaka. Haihhh tetiba rindu nak naik bukit permai ampang nak tengok view kL. #eh tetiba cerita pasal kL apekes? -,-"




Muka syulola yang gayat. Haha. See, aku rileks je tak gayat pon. #belagakmintakkaki




Plan lepas naik menara taming sari nak ke pasar malam apa ntah namanya tu. Tapi terpaksa dibatalkan sebab kejar masa nak naik cruise pulak.




Bapak ramai kat melaka river cruise ni. Padahal time ni dah pukul 10 lebih kot. Eeeee gigihnya dorang nak naik river cruise ni. Dengan uniform sekolah lagi. Kesian pulak aku tengok sampai terduduk-duduk budak tu menunggu cikgu dorang beli tiket. Dorang pakai uniform sampai malam-malam ni haruslah nak dapat student price kan ? :D




Tunggu turn. malas lagi nak beratur sebab panjang ya amat.




Budak-budak sekolah tadi dah start beratur. (-.-")

Masa kitorang beratur ada 1 geng belakang kitorang dalam 4 or 5 orang. Tetiba ada akak tu panggil suruh naik bot. Dia nak 6 orang. Laju-laju kitorang angkat tangan dan terus blah tak bagi chance kat geng belakang kitorang potong que. Muehehehe.




Keseriusan muka @syulola tak dapat dibendung. Mungkin mintak pelempang atau mungkin terlalu khusyuk dengar explaination sepanjang dlam bot tu.


Lepas naik river cruise plan seterusnya adalah ke Jonker Walk. Tapi tak kesampaian sebab hujan rintik-rintik plus dah penat (-.-") so singgah lepak minum jap lepastu terus balik rumah Mak Uteh kat Kandang. Sampai rumah dekat pukul 1. Tukar baju segala lepastu semua orang tido tanpa sedar.


habes part 2. tunggu part 3 pulak :D bila tu aku tak jamin hahaha.


okebai.


xoxo



10 comments:

  1. wahhh. bestnyaaa. saya xpnah sampai lagi kat melaka =.=

    ReplyDelete
  2. oit2. 2,3 kali ko nak mention psal gambar aku ye. rindu letteww. hahahaha.


    p/s - umah mak uteh kat bukit lintang la. bkn kandang. sblm smpi umah mak uteh tu bru kandang.ish3x.

    ReplyDelete
  3. wah! brjalan sakan nampak kat Melaka.. :)

    ReplyDelete
  4. best nya jln2 melaka.rindu nak pi sana lagi :)

    ReplyDelete
  5. Ohmaii, negeriku sayang, bandar teknologi hijau. Hahaha.

    ReplyDelete
  6. @♥miSSLoLa♥ : hahaha. sape suh dak adik tu ckp dia skolah kt kandang. otometik la umah mak uteh kt kandang kan :P

    ReplyDelete

Selamat Maju Jaya ;D