Friday, January 27, 2012

Melaka (Part 2)




Kalau nak ikut kemalasan diri yang sangat nazak ni memang tak senang duduk aku. Eceh. Dah bosan online fb yang suram harini so aku bukak la folder-folder gambar yang berjaya dikumpul sepanjang sem lepas. Mak aih bapaklah banyak album berjaya dicollected. Antaranya ialah album time pegi Melaka bulan 10 tahun lepas.


Aku dah up entry PART 1 bulan 11 tahun lepas. So moh kite up PART 2 pulok. Meuhehehe keji betul. Oh ye, penginapan sepanjang trip telah disponsor oleh Mak Uteh @syulolaqaseh. Maka berlaku penjimatan yang sangat berbaloiiiii giler dari segi penginapan plus makan hahaha.


Gasak ah aku bagi tengok gambar je. Tak rela nak cerita panjang^^panjang ;P





Muka happy dapat bekalan dunia akhirat kehkehkeh.


Aktiviti pertama day 1 waktu malam adalah ke menara tamin sari. tercapai juga impian dan harapan nak naik mendealah ni. naik malam-malam best sebab boleh tengok lampu-lampu seluruh bandar melaka. tapi kalau naik waktu siang pun okay gak. boleh tengok selat melaka :D





Tengah tunggu turn nak naik. 




Dah masuk dalam menara tu. Sejuk gile babeng dalam ni. Ekon kemain max kan.  Masa memula nak naik tu agak gayat sikit hokeyh sebab bergoyang-goyang. Tapi bile dah statik kat atas tu gua relaks je berdiri :D




View bandar melaka. Haihhh tetiba rindu nak naik bukit permai ampang nak tengok view kL. #eh tetiba cerita pasal kL apekes? -,-"




Muka syulola yang gayat. Haha. See, aku rileks je tak gayat pon. #belagakmintakkaki




Plan lepas naik menara taming sari nak ke pasar malam apa ntah namanya tu. Tapi terpaksa dibatalkan sebab kejar masa nak naik cruise pulak.




Bapak ramai kat melaka river cruise ni. Padahal time ni dah pukul 10 lebih kot. Eeeee gigihnya dorang nak naik river cruise ni. Dengan uniform sekolah lagi. Kesian pulak aku tengok sampai terduduk-duduk budak tu menunggu cikgu dorang beli tiket. Dorang pakai uniform sampai malam-malam ni haruslah nak dapat student price kan ? :D




Tunggu turn. malas lagi nak beratur sebab panjang ya amat.




Budak-budak sekolah tadi dah start beratur. (-.-")

Masa kitorang beratur ada 1 geng belakang kitorang dalam 4 or 5 orang. Tetiba ada akak tu panggil suruh naik bot. Dia nak 6 orang. Laju-laju kitorang angkat tangan dan terus blah tak bagi chance kat geng belakang kitorang potong que. Muehehehe.




Keseriusan muka @syulola tak dapat dibendung. Mungkin mintak pelempang atau mungkin terlalu khusyuk dengar explaination sepanjang dlam bot tu.


Lepas naik river cruise plan seterusnya adalah ke Jonker Walk. Tapi tak kesampaian sebab hujan rintik-rintik plus dah penat (-.-") so singgah lepak minum jap lepastu terus balik rumah Mak Uteh kat Kandang. Sampai rumah dekat pukul 1. Tukar baju segala lepastu semua orang tido tanpa sedar.


habes part 2. tunggu part 3 pulak :D bila tu aku tak jamin hahaha.


okebai.


xoxo



Monday, January 16, 2012

(UPDATE) Photography session with 4 BPC



Hai semua.

Lately macam takde mood langsung nak blogwalking dan update entry. Sumpahan pemalas telah terkena kat diri ni kot. Iskisk. Oh ye ekceli aku nak update entry dari entry yang lepas. Ala yang ada gambar kaki bebudak howts tu. Ekekeke.


Tak baca lagi entry tu? Takpe. Klik je SINI :D



Last 2 weeks ada sesi fotoshoot dengan budakbudak senior tahun 4. Disebabkan kitorang yang junior ni pun akan habis belajar dan grad sesama dengan dorang so, memang aktiviti fotoshoot ni untuk kitorang jugak yang bergelar 3bpc tapi exdiploma. Malang tidak berbau, kitorang memula eksaited jugak nak join fotoshoot ni pada awalnya. Tapi bila tanya budakbudak lain (exdip) dorang taknak join. Kitorang pun cancel la ;( Sobsobsobbb sedih la korang ni. Semuasemua taknak join. APTB.


Masa tengah lepaking kat bilik around 3-4 petang tu, dapat calling from bob suruh datang join fotoshoot. Alahaiiiiii kitorang pun macam tak sedap pulak sebab tak join dorang sampai sanggup call kitorang suruh join jugak. Wallawehhh. Thanks sebab masih ingat kat kitorang kahkahkah. Tapi kitorang tak sempat join fotoshoot kat fakulti. Mana taknya, pukul 5 baru sampai sana. Hohohohohoooliks!


Banyak pulak cerita aku kan? Layankan je gambar ni. Tapi sebahagian jelah itupun dari photographer yang diberi tugas snap gambar kitorang. Tak kuase dah nak resize dan letak watermark kat setiap gambar.



Gambar depan fakulti. Rezeki kitorang dapat merasa guna fakulti baru ni. Hoho. Tapi tak best sangat bila semua kelas nak buat kat fakulti. Tak berkembang mata ni tahu bila asyik tengok orang yang sama je.
Gambar ni takde aku.
T_____T




Depan library. Ngehngeh ala library yang menjadi kebanggaan warga uthm. Time dah nak exam week penuh je bilik 24 jam tu. Bukan study pun tapi memasing duk siapkan esaimen last minute kahkahkah.




Aiseh. Terlebih edit pulak sampai muka fandy jadi gulap gulita hahaha. 



Aku suke gile gambar ni. Tapi kenapa bukan aku yang berdiri dalam gambar tu. Mungkin gamabr lebih menarik bila wujudnya aku di situ.
#over #kthnxbye



Gambar ni sumpah kelakar sebab macam tak sesuai je theboys tu duduk. Bajet sopan lettew! Padahal euwwwwwwww! Gile kamera kot semua jenjantans tu :P





Syok la dapat lompat-lompat kan korang. Yelah yelah bontot badan tulang dan segala lemak aku semuanya berat. Mana larat nak lompat-lompat ni. Hahaha.
Padahal cari nahas kalau lompat sebab bukan pakai flat shoes.



#eh? dah habis rupanya gambar. So, thats all. HAHA. Tak perlu kan nak buat perenggan penutup :P


Friday, January 13, 2012

Hikmah



Hai pembaca.


How are you today ? Me? I'm fine but having a tingtong head is like a hell. Zzzzz. Pagi tadi ada paper yang totally kena faham plus hafal plus kena kerahkan tenaga tangan sakti ini untuk memberikan jawapan yang tepat dan bernas. Ohmen. Benci tahu subjek yang fully theory ni. Penat otak nak hafal faham bagai. Tapi kalau lirik lagu bagi 20 pun aku rela hafal tau. (-.-")


Dan disebabkan itu, semalam hampir setengah hari berada di library. Sebenarnya it was my 1st time study untuk final exam kat library. Muahaha. Keji jugaklah. Tapi takpe, at least merasa jugak study kat bilik Hikmah tu kuangkuangkuang.

Dah penat study sambil tengok Bicara Hati episod 2 kat youtube, moh kita camwhore kejap.



Sepah tak sepah atas meja tu. Memang serabutlah kalau paper teori tapi tak dapat tips yang spesifik. Bila tanya lecturer asyik cakap "whole note". Cis.(-.-")



Tengok cite kat youtube. Tu sebab mata duk jeling ke sana je (-,-")



Study tifu-tifu. 



Si Nenek-nenek si bongkok tige. Siang malam duk sohsehsohse. Cian dia. Hikhik.



Aksi tipu kali kedua telah dikesan. Cis.



Aksi tipu kali ketige. Tipu-tipu. Gaya je macam stress padahal tak pun.



Semalam kitorang kat library dari pukul 11 hingga 5 je pun. Lepas tu Kak Ican tolong hantar kitorang balik Taman U. Plan balik awal sebab nak pergi pasar malam kahkahkah. Menghargai setiap yang wujud disekeliling kite. Next week adalah pasar malam yang terakhir kat sini bagi aku hendaknya. #eh?
Sedih tak ayat? (-.-")



Abang jual laksa penang seringgit ni macam miow-miow syulola. Tapi kegelapan la sikit. Hukhuk.
Laksa penang ni sumpah best walaupun kosong takde telor. 


Ini cerita siang tadi pulak. Laporan menyatakan paper pagi tadi adalah memuaskan. Soalan okay dan takde yang memeningkan kepala otak tapi ! ada tapinya jugak. Ada point yang aku tak hingat. Huhu. Redha lagi lah gayanya (>,<")



After keluar dari dewan exam. Apesal mata tu santek ngat ha?



Happy lettew dah habis 3 paper Zzzzzzz.



Takde caption yang mampu aku fikir untuk image di atas.

Actually entry ni aku dah taip sekerat jalan petang tadi sebelum nak ke library. Disebabkan tak sempat so malam ni baru nak publish muahaha. Tadi kat library dari pukul 3.45 sampai dekat pukul 10. Antara kelebihan pergi library dan duduk kat bilik Hikmah tu sebab internet laju! Boleh tengok tv3 tanpa buffering dan juga boleh tengok cite kat youtube dengan jayanya. HAHAHA.


#setiapperbuatanperludimualidenganniat. heuheu.


Dah. entry habes. 

babai.


xoxo


#re-post


Monday, January 09, 2012

Kita dah dapat BB1M. Yabedabedu !



Hai !


Mata kedut. Tangan gemok. Gigi panjang. tsk! tsk!


Lepas taip entry yang sebelum ni, terus aku laju-laju bersiap sebab nak ke library. Ceh. Motip pegi library bukan sebab nak study ke hape. Tapi sebab nak ambek baucer buku 1 Malaysia (BB1M). Kahkah. Murni kan niat kitorang. 
(-.-")

Now, bolehlah membeli buku plus apa-apa yang berkaitan dengan study dengan hati yang gumbira. Walaupun hakikatnya minggu depan dah boleh isytiharkan diri sebagai 'bukan pelajar uthm' lagi. Apa aku pedulik kan. Rezeki jangan ditolak. Musuh jangan dicari. #eh? betol ke? Ah lantak lah.


Petang ni dalam pukul 3 nak kena datang fakulti pulak. Mamtiklah kena jumpa sv lagi. benda yang paling aku annoying sepanjang sem lepas dan sem ni. Harapan jumpa sv untuk kali ini semoga tiada bebelan yang boleh merobek hati suci aku. Uwaaaaaaaa (T___T)







Very the gembira walaupun hanya untuk seketika.


Assalamualaikum.



I'm done with my German Language paper. Perasaan jawab exam tadi agak neves jugak sampaikan boleh pergi toilet tunai hajat sebelum masuk dewan exam. Hukhuk. Tapi sebenarnya dah jadi routine kot setiap kali sebelum masuk dewan exam kena tunaikan hajat. Kalau tak memang cari nahas tak ada kerja nak keluar toilet time jawab exam. Aku benci situasi tu (-.-")


Di samping perasaan neves masih terselit perasaan excited nak pergi jawab exam. Yelah kan, paper first katanya. (-.-") Four papers to go. Hukhuk. Sebab apa aku kata excited? Sebab tadi masih boleh nak pakai eyeliner mascara and blusher kehkehkeh. Hover ke excited namanya tu ek?



Muka happy lepas dapat breakfast. Boooooolatttttttt giler muke tsk ! tsk !




Ini namanya SS (syok sendiri) Orang lain ambil gambar pakai dslr. Tapi aku ini je yang mampu hakhak.




Budak baru nak up. Mulut stok nak muncung itik je hahahaha.


Heh. Baru ingat hari ini ada perasmian voucher buku 1Malaysia untuk student IPT. Yeay! Mahu ambil boleh bagi kat my nephew. Berbakti katanya kuikui.



Okaylah babai !

TschĂŒss. 

Wednesday, January 04, 2012

Sunset at Pantai Punggur :D




Tadi petang sempat meriadahkan diri bersama dak itams kat Pantai Punggur. Lokasi? Susah nak explain kat mana. Cer kome google map je. Pantai ni tak de pasir pun sebab dah pasang tembok. Ada lagi 1 pantai kat Senggarang tapi aku prefer lagi pantai Punggur ni.  


Kat sini ada gerai makan jugak.
 Tapi kalau nak makan kerang lagi best makan kat Sengggarang sebab kedai makan kat sana atas air. heuheu.



Subhanallah cantik sangat matahari ciptaan Allah Yang Maha Pengcipta tu. Untung orang yang duduk dekat dengan pantai ni. Hari-hari mampu tengok sunset. Even kat area kampung aku ada jugak pantai yang boleh tengok sunset tapi tak pernah pulak aku buang tebiat tengok sunset (-.-") 
Konon mak pesan maghrib-maghrib tak elok anak dara keluar rumah (-.-"). Balik cepat dan blablabla ...

Tuesday, January 03, 2012

(34 Gambar) Ber'site visit' at Bukit Layang-Layang, Pasir Gudang



Ehemm. Kat header aku tu kan ade ayat "dia update bila dia...." kan? So, aku rasa yang blank tu aku patut isi dengan perkataan "nak exam". Maka bila disambung ayat itu jadilah sebegini "dia update bila dia nak exam" (-.-')

Dah tu nak buat macam mana, aku deactivated fesbuk demi exam kali ini. Sebab takut lagha katanya (padahal ada alasan lain). Huuuuhuuuuu. Jadi, blog sahajalah tempat untuk aku berhibur dalam tempoh 3 minggu ni. Habis je paper last nanti (19hb) laju-laju aku akan activate fesbuk semula. Yeay!

Anyway, since dah terasa penghujung sem ni, rajin pulak aku bukak balik folder-folder gambar sepanjang 2 tahun setengah kat uthm ni. Tetiba terbukak folder masa pergi site visit kat Bukit Layang-Layang kat Pasir Gudang tempoh hari. Rasanya awal Disember kot kitorang buat site visit untuk subjek Rekabentuk Landskap. Tempat ni sangat sesuai untuk aktiviti riadah seisi keluarga.


Dah... aku tak tahu nak explain bebanyak pasal tempat ini. Layan jelah gambar kat bawah ni yer.



Dalam bas haruslah duduk tepi minah ngetnget ni. Hiks. Takde calon lain yang sesuai duduk tepi aku (-.-")