Monday, September 17, 2012

Kawen & Syulola's Birthday-Simple Celebration.


*iolls update live dr opis yang super sunyi ni*

pheww. aritu iols gedikssss sangat pegi tukar url blog. lepastu terus tak boleh nak edit balik. ohhh keji. blogger cakap domain still under maintenance (-.-")


terus jadi non-glitterati (-..-")


so, takpelah nanti dah okay iols tukar balik jadi url lama. sebab pe tau, sebab kalau guna url baru ni kena update dekat nuffnang la. lepastu kena cari readers la. lepastu link networkblog kat fesbuk pun tak publish. huhu. kan dah leceh. iols buat blog ni sebab suka-suka tapi gediks nak publickan untuk readers walopon tetttttttt!

sejak-sejak umur dah meningkat dewasa ni rasa diri meronta-ronta nak kawen. kahkah. eh kejap, iols rasa dis year very the ramaiiiiii sangat kengkawang yang tunang & kawen. sangat la ramai. haishh. iols belom ada rezeki kot! saving pon belom stabil. (T__T)


next year juga begitu. kengkawan ramai yang akan berkawen. hopefully next year iols akan naik 1 stage la. bunyik macam desperate kan? huhu whatever. kakak-kakak iols dulu memang umur 24 dorang dah selamat jadi wife orang. abang-abang jugak begitu. 24 sudah jadi suami. nampaknye iols mewarisi alang iols yang kawen umur 28. hahaha. kejam.


----------------------------


eh asek cerita pasal kegersangan nak kawen je kan? ok not nais. mari mahu cerita pasal beday si Syulola pula.

sebenarnya 2 bulan sebelum beday girl ni, pompuan ni dah bagitau kat iols hajat dan impian serta cita-cita dia iaitu nak kek pelangi tu. iols tau ni mesti pengaruh lebih tengok hanis zalikha sambut beday dengan rainbow cake beberapa bulan lepas. huuuuu.

lepastu bulan 7 haritu si syulol ni siap buat entry peringatan uols. even dia tak mention tu untuk iols & kengkawan supaya menunaikan hasrat hati nak makan rainbow cake tapi sentap iols. kahkahkah.

okay takpelah since iols dah keje lepastu setiap hari simpan seringgit smeata-mata nak belikan syulol rainbow cake (hahaha over.ini siyes tipu untuk penyedap cerita) so, iols gigih pegi like and gugel rainbow cake yang paling senang iols nak ambek nanti.
lagipun masa tu iols stay umah abang kat putrajaya so iols cari la person yang mampu amek order iols untuk rainbow cake. and luckly ada jumpa 1 blog yang ambek order a week after raya. yeay! lega :D
uols nak tahu ke iols order dari siapa? aiceh. takperlulah :P


Cream Cheese yang dah agak cair wuwuwuwu! Tapi sumpah sedap kek ni :) Thankyou kak Fatimah sebab layankan je kite masa order kek ni kihkih. [KLIK]


Kek ni iols dah amek awal. Dah plan nak buat surprise for her on Saturday. Tapi malang tak berbau sebab tuan empunya beday tiada kat kL. so takpelah next mondayyyy la nampaknya baru celebrate. Kek iols simpan dalm fridge kat opis. hahahahaha.


Petang tu after keje terus shoot pegi Vista Angkasa nak angkut si Syulol. Sampai sane dia takde. Cis. Ini sudah mendatangkang kemurkaan kepada iols. Tapi takpe, beday girl punya pasal kan. Iols dapat jugak angkut Syulol kat kl sentral. Lepastu terus shoot ke Shah Alam. Ekceli iols pun tak tau kenapa mesti Shah Alam? Wakakakaka. Sampai shah alam kite solat maghrib dulu kat tesco lepastu decide nak makan kat mr.steak house kat Laman Seri. :D



Dah siap order, dah siap makan lepastu luckly si syulol nak pegi basuh tangan kat sinki. andddddd luckly tempat basuh tangan tu agak ke dalam jugaklaaaaa. So Pija grab the opportunity to bring out the cake from car. Tapi, sebab salah seat so takdelah surprise sangat. Syulol dah nampak time Pija datang meja sambil bawak kek :P



"Auwww. Shayerrrr sangat happy !..."



iols with Pija (whyyouhavetobesomean?)
Peneraju utama dalam drama ni ;P



Walopon iols tak suke langsung kek yang ade penuh cream, tapi bila rasa kek ni sedap! 
Sedaaaaaaaappp :)


Lepas dah rasa cam agak lewat terus decide balik. Sebab esok keje. Akhirnyaaa tercapai jugak hajat nak tunaikan impian, hasrat & cita-cita Syulol. Hahahaha.

Next is mine. So, iols taknak kek la. iols nak pulut kuning dengan ayam rendang. Mampu tak uols?
Hukhuk.


p/s: maafkan sekiranya entry ni ada typo. iols tak tekan bekspes lepas settle taip 1-1 perkataan. hikhik. okbai!