Monday, October 10, 2016

28th


10.10.1988-10.10.2016


Hari ni genap dah umur aku cecah 28 tahun. Alhamdulillah Allah masih pinjamkan nyawa dan jasad ni. Setakat jam ni la. Kot petang kang Allah mintak balik, kena la pulangkan kan. Hahahaha.

So far, just a wishes. Not even a celebration. Takpe aku dah biasa takde apa-apa surprise dari suami or family or kengkawan. Hahaha. Mak redhooo.

Oh ye. Dah hampir seminggu aku mengalami rashes yang cam gambar bawah ni.



Memang tak pernah selesa. Hari Isnin malam last week, pukul 3-4 pagi aku terjaga sebab gatal sangat kat peha dengan perut. Sekali bangun tengok dah cenggini. Dulu masa zaman study kat uthm memang selalu jugak kena waktu duduk kolej perwira. Tak tahulah faktor air ke udara ke atau darah aku kotor atau apa. I is stress :(

Tuesday, September 20, 2016

Sesi Bebelan - Kerja


petang ni rasa lemau je. bukannya tak banyak kerja kat office ni. tapi sebab banyak sangat jobload sampai dah takde selera nak hadap. tapiiiiii kena siapkan jugak walaupun mood lemau kan. kengkonon nak ambil mood ni so nak taip la entry baru kihkih! cam biasa la nak membebel tanpa arah tujuan.

so topik membebel hari ni adalah pasal kerja!

last weekend aku ada baca confess kat iium bm tu pasal lebih kurang cenggini ha -- kalau taknak kerja engineer, silalah drop kos engineering dan ambil kos lain. bagi pendapat aku la kan. walaupun seseorang tu belajar engineering, doesn't mean rezeki dia dalam bidang tu. don't simply judge la. zaman sekarang ni memang zaman persaingan hebat sebab banyak sangat kes menganggur kan. tapi tulah. macam aku, aku mengaku yang aku minat je belajar structure drawing segala mak nenek pasal engineering tu. tapi bila masuk kerja pasal construction je rasa macam takde semangat langsung.


dan alhamdulillah Allah bagi rezeki aku bukan dalam bidang engineering ni. DIA lebih mengetahui kan. hehehe. tapi aku tetap salute kengkawan yang dah jadi senior dalam bidang ni. dorang memang power la aku cakap. ada je yang dulu graduate as 2nd class lower tapi dah rezeki dia untuk jadi power senior dalam engineering. syokkan!

tapi tak salah kan sesiapa yang belajar engineering try dulu kemampuan diri! usaha tangga kejayaan dek non!

k cukuplah latihan membebel hari ni. dah 5.15pm. nak solat dah nak calibot pastu hikhik!!


Monday, September 19, 2016

Part 1 - Pengalaman bersalin kat Hospital Ampang (2015)

Eh eh last entry tahun lepas (lagi sebulan cukup setahun) kengkonon nak cerita pengalaman bersalin kat hospital ampang kan? what the pelupa terus tak ingat pun pasal blog ni (sebab ada blog lagi satu).

Sementara tengah lunch hour lepastu sambil tengok Train to Busan yang asyik buffering je meh la kita share pengalaman yang dah setahun lebih tu. anak pun dah setahun 3 bulan 16 hari hakhak.


masih ku ingat -----

hari isnin (1 jun 2015) 

disebabkan aku dah cuti seminggu sebab tak larat nak kerja, so haritu duduk rumah membilang masa jelah. sepatutnya due date 30 may. kiranya dah overdue la. kan kalau klinik kesihatan suruh kita kira pergerakan baby. so hari tu baby kurang sangat bergerak. memang rasa sekali dua jelah. tapi tak ada pun turun tanda apa-apa. tengahari tu dah mesej husband cakap baby kurang gerak. dah pujuk pun degil pakhang. tak tau la sebab baby besar ataupun sebab sesuatu. petang tu bila husband balik, fikir dan decide nak ke hospital ampang untuk check. -- pergi malam sebab kalau siang ramai orang kihkih.

masih lagi hari isnin malam. sampai hospital ampang terus pergi bahagian PAC register semua dalam 8.30 malam. pukul 9.30 cenggitu (ye ye je ingat pukul berapa kihkih) nama kena panggil. so masa tu doktor pelatih. rasanya lagi muda dari aku. kena baring buat ctg. eh sejam jugak lah baring sahaja sambil layan ctg. lepastu kena seluk. for the first time tau! apekah perasaan masa tu? -- malu. mana ada sakit. --- doc pelatih tu cakap baru 1cm puan. laaa baru 1cm ke sambil mata tengok dinding yang bertampal saiz pembukaan rahim. hihi!

doc tu lepas seluk je dia biar je aku terkapai-kapai atas katil layan perasaan -- what's next? sebab doc tu memang super busy. tetiba datang sister ni tanya aku due bila. aku cakap lah dah overdue 2 hari. terus dia seluk lagi sekali -- dia cakap takpe dia tolong bukak kasi 3cm. T___T. maka dengan itu aku terus kena admit wad memalam buta pukul 12 malam. first time seumur hidup aku admit wad. teruja lah jugak hahahaha.


eh stop dulu la sampai sini. penat leww itteww taip panjang-panjang.
nanti esok lupa kita sambung kalau teringat (baca: tak busy)

bye! see you part 2 soon!