Saturday, December 17, 2011

(50 Gambar) Saat Paling Bahagia sepanjang Annual Dinner CMC 2011 ❤



Happy Saturday :D


Semalam aku ade annual dinner kelab kos aku. Secara keseluruhannya tak berapa memuaskan hati dengan service yang hotel tu bagi dari segi makanan, tempat dan sound system. Totally worst. (-___-")


Tapi.... tapi.... ada tapinya jugak okay. Saat atau momen paling best ialah sesi tangkap gambar dengan kengkawan. Itu aktiviti paling membahagiakan aku dunia akhirat. Ececehhhhhh


Nasiblah ini dinner terakhir kitorang as senior BPC. Dan sepatutnya dan seperti kebiaasaanya annual dinner ni juga sebahagian untuk meraikan perpisahan senior tahun 4 yang bakal habis belajar januari nanti. Tapi kelihatan seperti dinner syok sendiri pulak. Senior tetap dipinggirkan. Cis ! Kecewa hokeyyy (-___-")


Dah. Cukuplah komen aku untuk dinner kali ini. Hope adik junior kalau nak arrange event yang formal please la prepare betul-betul. Zzzzzzzzz.


Jom layan gambar :D



Intro :D

Klik read more if you guys nak tengok semua gambar 


Tuesday, November 29, 2011

Presentation Sampai Malam (haissssh)




Hye readers !







Ehem ehemmmmmmm ehemmmmm. Entry ni dibawa khas dari bilik kuliah FPT 3. Jangan terkejut sebab aku mampu update blog di waktu dan ketika begini. Ini semua gara-gara kena attend kelas Dr.G untuk buat presentatation group project. Yang paling damn sebab aku group first kena present petang tadi pukul 5. So then malam ni pun mana-mana group yang dah present sebelum waktu break (6.30-7.45) tadi, kena datang jugak wuwuwuwuwu. Mencikkkk tahu?




Tapi ini bukan first time kena present sampai malam sebab sem lepas pun dah kena lagi teruk dari ni. Just imagine solat asar pukul 6.45 lepas 15 minit dah boleh solat maghrib pulak. Sama la macam tadi. Mandi memang tak sempat lah sebab kitorang memang mementingkan perut untuk isi dengan makanan berbanding mandi huuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu !


Oklah. Dr.G macam dah perasan ramai tak pay attention kat presentation. So, gua chow dulu!

Oh ye. Minggu ni gua very the busy busy busyyyyyyy untuk 2 lagi presentation hari jumaat nanti plus kena tunjuk progress kerja my lovely super duper PSM tu -..-"


zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz !



*UPDATE (30/11/2011 - 10.30 pg)


Mak aihhh rupenye sem ni lagi teruk aku kena dari sem lepas. Sem lepas boleh tahan lagi balik pukul 10 mlm. Semalam boleh plak dr.G bantai sampai pukul 12 malam. Scary tak scary~ Memang pengalaman yang paling best serta syok sepanjang sem belajat kat sini. grrrrrrrrrrrrrrr !


Apa perasaan korang kalau berada kat tempat aku? =..="



Wednesday, November 02, 2011

Sambut Birthday Girl kat Cafe Library. Menjadi je kan~



As-salam.


1/11/11 is Pija's birthday. And we (me, kamuni, kasue & kaika) decided to celebrate it at last night. Perghh speaking kau Bella kuikuikui.


Actually her birthday on Tuesday. Tapi disebabkan isnin malam selasa tu kitorang ada kelas so tak sempat nak buat surprise. *surprise la sangat :P* 


Malam tadi (selasa malam rabu) kitorang jalankan misi celebrate birthday girl with cake and kfc jer. Itu pun buat kat cafe library. Muahaha. Nasiblah buat awal sikit sebab cafe tengah kosong. T__T




Beday girl yang kesepian semalam haha. Bola-bola kat atas kek tu sangat cepat lesap. Tak sempat nk merasa pon hukhuk.





The boys memang langkah kanan sangat lah sebab datang library malam tu. Untung orang katanya~ 
:P




L.O.V.E
btw, thanks kaika (the right one) hukhuk.




Makan sampai lebam. Buruk betol rupe daku hukhuk.





And the last before balik. Actually lepas makan semua kitorang naik library sebab nak buat kerja tapi demyu lah. Plug kat atas semua tak boleh pakai. Sempat buat kerja sejam je kat atas lepastu turun cari plug kat area cafe pulak. Mujurlah ada. Before 12 kena blah sebab kalau balik over 12 kena tulis nama dekat guard. 
(!___!")

Hostel life is suck. HOHOHO.

Till end, bai!





Thursday, October 27, 2011

Rindu tetap rindu. Sayang boleh benci. Benci pun boleh sayang.



Pheww. Tajuk entry macam garam je. Apa pon tak boleh.

Takde apa benda menarik pun nak taip dalam entry ni. Cuma . . . . . . . . .

Aku rindu nak duduk rumah sewa. Main masak-masak. Paksa housemate masak megi untuk kepentingan sendiri tengah-tengah malam. On tv 24 jam waktu minggu final exam. Pegi kedai uncle semata-mata nak beli eskrem. Dan bermacam-macam lagi kenangan duduk rumah sewa dulu.


Dem.


Since duduk hostel sem lepas dan sem ni, semua aktiviti masa duduk rumah sewa tak seindah biasa. Rutin harian yang sama. Kawasan sempit. Cuma 1 je yang sama - buat kecoh. Buat kecoh bukan maksud buat hal. Tapi suara tu tak pernah simpan. Asyik memekik je. Tak pandai cakap slow melow kecuali time presentation ataupun nak mengumpat. Haha. Okay tak lawak kan? Fain. (!___!")


Dahla. Mari usha memori duduk rumah sewa pada tahun lepas.



Ni la tempat kitorang sewa tu. No komen pasal rumah ni. Yang penting kitorang masuk memang takde furniture pun. Yanga de cuma katil besi yang confirm3 boleh patah kalau kitorang guna. 
(!___!")





Excited masa beli almari kain ni. Dari Kluang ke Bp cari benda alah ni. 




Dulu aku memang sangat alergic dengan persekitaran. Masa tahun 1 aku duduk kolej Perwira. Bekalan air kat kolej tu sangat poor. Adalah heaven kalau dalam 1 hari tak berbintat-bintat badan aku ni. Tapi since duduk rumah sewa dah jarang jadi bintat-bintat tu. Alhamdulillah bekalan air tak over chlorine macam dekat kolej Perwira dulu :') A big smile.





Menu paling kerap sepanjang duduk rumah sewa. Selalu terjadi pada hari Sabtu. 
Menu ialah sardin dan juga telur dadar. Bila dah duduk hostel semula dekat mana nak jumpa sardin?
(T_______T)





Time duduk rumah sewa baru terkedek-kedek nak pakai shawl dan juga lens. Actually time ni hati sedang terluka kerana cinta. 
Nasib ada pengubatnya : shopping online :P




Dulu kitorang ada kuip seekor kucing ni. Nama zafi. Sempena ada kawan nama Zafi. KOT? haha.
Tapi tak lama lepastu zafi menghilangkan diri dan stay kat rumah makcik mana entah. Mungkin dia rasa kurang makanan bila stay dengan kitorang (-__________-")



Port kitorang online dan melepak. Huhu. Kawasan ni jadi huru hara bila datangnya minggu study week dan minggu final exam. Berterabur kertas-kertas atas lantai.





Poyo kan? :P



Cukuplah gambar kat atas ni je yang mampu aku upload walaopun hakikatnya beribu lemon lagi gambar sepanjang duduk rumah sewa. Oh ye, maybe ada yang kate ini entry syok sendiri. Memang betul pun ini entry syok sendiri. Haha. Takde kepentingan untuk korang pun :P


Okaylah bai.






Monday, October 24, 2011

Melaka (Part 1)


As-Salam.




Last weekend i had a short trip with the gangs. We went to Malacca je pon :P 

Dan....... disebabkan aku malas nak menaip moh le layan gambar jer.

Semua gambar kat bawah ni sepanjang hari pertama (siang) kat Melaka. 


Yeah! Kamilah pelancong di dalam ini negeri~ 
Batak itu dan ini menguasai diri~ kehkehkeh
:P




Sampai je Ayer Keroh terus menuju ke Taman Rama-Rama. 
Nasib jelah ada GPS ynag kadang-kadang tak membantu tu ;P 
Sebab masing-masing dah tak ingat jalan ke sana sebab dah lama tinggalkan bumi Melaka
(haha ayat macam bahabbibibi je :P)




Burung yang buat orang terkezut sebab "eh eh ada burung la atas tu.."
kusssss semangat sebab burung ni tak dirantai~




Gambar feveret sebab colorful hohOOoooo.




Kat taman rama-rama ni memang berbaloi jugaklah kalau masuk. RM8 per entry. 
Memula bajet taman ni penuh rama-rama je tapi pakej sebab ada burung, ikan, arnab, harimau, ular buaya blablabla. 
Cuma gajah je takde okay.








Dalam mini museum. Takde apa pun dalam museum ni. 
Dalam ni just ada replika jenis rama-rama & jenis kumbang je ~





Okay dah settle explore taman rama-rama. Letih jugak. 
Dahlah ramai gile budak sekolah (!___!)
Yelah, UPSR kan dah habis. So turn dorang pulak nak berenjoy. 
Tapi aku ?




Yeay! Akhirnya dapat jugak bergambar kat Jalan Merdeka ni.
Over betul tau batak kitorang ni. 
Kat mana-mana pun mampu berdiri statik untuk snap gambar.
HAHA.



Ada gaya macam pelancong dari luar negara tak?
(!_____!)




Sorry. 
Gambar belakang aku kaburkan sebab takut menyentuh mana-mana sensetiviti.




Buruk giler gambar ni kan? Dan yang takde dalam gambar ialah aku.
So, haruslah aku yang sedang memegang kamera.
#ihateit







Okay itu je gambar untuk entry part 1 ni. Nanti kalau aku rajin aku update part 2 punye #melaka


Tschuss !





Thursday, October 20, 2011

Its the last.




Assalamualaikum.



Hari ni kan hari last aku kat lab bahan binaan fkaas. Lepas ni mungkin ada lab kayu pule (!__!") Sumpah lab ni messy sebab dalam 1 lab semua barang ada. Kat lab ni la nak buat concrete, kat lab ni jugak nak buat aggregate dan blablabla. Mujur jelah kat lab ni tak combine sekali buat kerja kayu.  Sebab dulu masa kat poli lab aku asing-asing dan lebih teratur berbanding lab ni ekekeke.



Aku bunuh kau! Aku bunuhhhh kauuu!!


Tadi kitorang buat "vicat test" . So main bancuh simen dengan air dalam tray kecit tu. Actually gambar atas ni nak tunjuk betapa bersungguhnya kawan aku sorang ni bancuh simen. Tengok jelah spatula yang dia pegang tu. Macam nak tikam orang je gayanya. Dengan muka berkerut dahi tu. APTB!





Dan sempena hari last kat lab tersebut so sempat lagi mahu capture some pictures dengan supervisor yang jaga kitorang sepanjang buat lab kat situ. Thanks to Cik Naadira =') Cik ni sangattttttttttttttt sporting habes la. Beza umur pun tak banyak dengan cik ni~ Pangkat pun macam kakak-kakak haha. Kuikuikui.



Btw, Selamat pengantin baru to cik Naadira dengan suami en.John travolta. Thanks jemput tapi jauh bebenor pulak nak pergi. =')




p/s: eksaited nak baca kitabterfaktab kuikuikui.








Monday, September 26, 2011

Makan-makan

As-salam.


Hei dah tiba masanya untuk aku update pasal entry sebelum ni. Klik sini untuk ke entry sebelum ni.

Macam ni kisahnya...

Last week kengkawan aku plan nak buat makan-makan sikit sempena hari raya. Sebab ada sesetengah dari kitorang akan habis study sem ni. Untuk mengelakkan kempunan pada diri sendiri dan kengkawan, so, plan ni menjadi jugak. Sorry pada kengkawan lain yang tak dijemput untuk memeriahkan majlis huhu. Sorry erk? :')


Majlis makan-makan ni masa Jumaat malam Sabtu haritu. Menu simple je iaitu nasi goreng, ayam+sosej bbq, kerabu mangga, coeslow, keropok, kek batik and air sirap. Dah, aku tak tahu nak ceghita ape, layan jelah gambar yer...



Zasssssssssssssssssss...




Yang belah kiri pakai baju biru tu memang siyes la membakar ayam. Nampak la kesungguhan membakar ayam-ayam tu. Tapi yang belah kanan tu setakat renjis-renjis jelah hukhuk. Ayam sebelum panggang disediakan oleh Amy & Aeman. Currrrrlllllllasssssssssssss uolllsssssss.



Kannnnnnn.. Aeman jadi menyuluh.. Oklahhhhh~




The girls. Takkan boys pulak kan? T__T Kate jamuan raye tapi baju semua sok-sok tshirt je. Pehal?





Geng lelaki pulak. 4 orang je lelaki yang join. 





The sosej. Aummmmmmmmmm.




The ayam. Bestttttttttttttt.




Antara makanan yang ade. Sedapp wei kek batik tu.




(takde caption sesuai)



Nasi goreng homemade by the girls. Gigih ko masak nasi goreng banyak-banyak dengan nasi lembik.
T__T



Okdah habis.



Babaiiiiiiiii





Sunday, September 25, 2011

First and Last (maybe)




Only teaser.




We had small party just now. Takdelah now sangat. Aku nak story banyak-banyak sekarang pun malas. Tunggulah next entry (kalau rajin nak update pasal ni) ok?


Aku dah ngantuk sekarang T__T Jom tido!


Gute Nacht !


Thursday, September 22, 2011

Semalam di BP Mall Lepas 4 Bulan Tak Jejak


Hi ! hohoho


Semalam adalah aktiviti memenatkan diri di BP Mall. Aktiviti disertai oleh GDLKK (Geng Datang Lambat ke Kelas). Of course la 5 orang termasuk aku. Heuheu. Kitorang gerak dari hostel pukul 2 petang sebab 2 orang kawan ada appointment treatment kat Mayfair BP. Kemain kan. Makin gojes la dorang. Aku jugak muke makin sememeh dan bertambah kudut T___T



Okay. Aktivi tak menarik langsung sepanjang berada di BP Mall. Walaupun dah 4 bulan lebih tak jejak tapi langsung takde perubahan yang menarik kat BP Mall. Jenjalan masuk dari 1 kedai ke 1 kedai yang lain. Usha-usha barang lepastu adalah kitorang gedik kaki nak masuk kedai Living Cabin. Usha-usha bear-bear yang siyes comel lagi comel dari Dafi. Time tengah duk raba-raba bear-bear tu, tetiba owner (kot) kedai tu datang kat tempat kitorang pi raba-raba bear-bear tadi. Lepastu dengan aksi tak de adab dia tu terus susun bear-bear tu dengan kasar. Ala, macam orang tengah bengang. Kan korang kalau bengan suka hempas-hempas barang kan :P


So kitorang terkezut la. Dah la chinese man. Kalau tak bagi customer raba-raba bear kat situ jangan jual bear vudus. Baik ko jual condom je. Kuang ajar betul laki tu. Last-last terus blah dari kedai tu. Vengang ! grrrrrrrr


Lepas Asar, makhluk 2 orang yang buat treatment kat Mayfair tadi datang la ke BP Mall sebab nak tengok wayang Raya Tak Jadi. Sumpah tak best kot cerita macam tu masuk panggung. EhhabistukonakceritamacammanamasukpanggungBella? :P


Rugi betul tak tengok Johnny English Reborn tu. T__T


Nampak tak rantai owl yang aku pakai tu? Murah okay rantai tu. RM10 je. Ada je yang harga RM8.90 tapi takde yang owl huhu.





Ni 1st time ada makhluk dalam GDLKK pakai skirt pegi jenjalan. Kitorang ni bukan makhluk yang berfashionista sangat. Rasa terharu gile bila ada makhluk dalam geng tu pakai skirt HAHAHA.
Tapi kalau nak harap aku pakai skirt untuk jenjalan tunggulah aku dapat keyakinan yang TINGGI sikit. Sebab aku ni katek je, dahlah katek bambam pulak T__T





Segala gambar telah disponsor oleh kamera milik makhluk yang buat peace tu. 




See. I've told youuuuuuuuuuuu. She's wearing maxi skirt kan?

Aku ? T______T




Pompuan ni pulak banyak dia beli semalam. Haha. Akulah antara makhluk yang menghasut dia. Motif aku simple je sebab aku nak duit dalam account Muamalat dia sama nilai dengan duit dalam account Muamalat aku hikhik. Taktik mudah kan untuk bagi kawan miskin sesama dengan kite :P





-_____________________-"


Habis tengok RTJ terus gerak ke Parit Raja untuk makan kat Sofiya yang dah 2 tahun ditinggalkan gara-gara pernah jumpa pepatung dalam lauk paprik yang kawan aku order masa aku 1st year tahun 2009. HAHA. Erk?


Ok entry habes bai.


p/s: thankyouuuuuuuuuuuuuuuuuuuu NUFFNANG bagi 3 BE sekaligus. Insyaallah aku akan rajin update tiap-tiap entry walaupun entry aku tak best haha. 


Thursday, September 15, 2011

Semester baharuuuuu

Sem baru dah start since hari Isnin hari tu lagi. Aku adalah antara insan-insan yang sangat bertuah kerana masih mampu berada kat Uthm ni. Muahaha. Bertuah la sangat kann padahal malas giler nak attend class pagi-pagi.


*sigh*


Sem baru ni fakulti aku (FPTPK) dah pindah bangunan baru. Kemain eksaited nak explore bangunan baru. Batak katenya. Haha. Mana tak bataknya sebab dulu fakulti sekadar rumah kedai je. T__T So sekarang dah boleh la nak bangga sikit dengan fakulti sendiri walaupun masih banyak facilities yang belum complete. Paling ketara adalah tong sampah. Memang sebijik tong sampah pun tak jumpa kat fakulti. grrr.



Ok malas nak cerita banyak pasal fakulti.



Sem ni camera sentiasa berada dalam beg dan boleh camwhore bebanyak. Yeay!




Sem baru ramai gak yang tegur aku apesal montel je ni. Tak mampu nak jawab soalan-soalan macam tu.
*sigh panjang-panjang*



Sem ni masih naik BJU lagi huahua.


I'm now super senior wei. Perlu berbangga tak? Haha. Juniorssss always make wrong judge us. Senior ni bukan berlagak sebenarnya tapi seteresssss giler bangbenggg pasal PSM 2 grrrrr.


Ok itu je untuk entry kali ni, petang ni aku balik rumah yeay! 


okebai.