Thursday, January 06, 2022

I am back!

 Hi reader (ntah ada ntah tak hahaha)


Since terlalu merindui kenangan-kenangan manis zaman remaja purba, sebelum kahwin, terpaksa la aku re-view blog aku ni. Actually aku ada 2 blog. tapi yang 1 tu masyaALLAH dia punya content rasa nak penerajang. Biarlah yang tu aku private je. Yang ni aku public sebab rindu :')


So sekarang aku nak try aktif semula menulis pasal my life, my thought, my opinion etc.

Untuk permulaan ni jelah dulu aku update.



Latest me. Now dah living in new norm. Kena pakai face mask bila kat luar. 


Saturday, March 11, 2017

Unexpected 🤰🏻

Assalamualaikum. Hello. Hai.

Kembali bersiaran pada tahun 2017. Hehehehe. Masih tergerak hati nak tulis entry hihihi. Sebenarnya sesaja la nak post kat sini since aku macam nak public know what happen to me kan tapi in way of secara halus - kalau ada reader barulah cerita ni tersebar. Kengkonon sangat kau kan jemah. Hehehehe. Mengimbas kembali sepanjang tahun 2017. Padahal bulan ni baru bulan ketiga 2017 😝


Januari 2017 berjalan lancar seperti biasa. Takde yang menarik untuk dikongsi. Tapiiiiiiii masuk bulan feabruari, 1 peristiwa yang telah menjadi sejarah dalam family kecilku bila Razzin was admitted ok because had rotavirus infection. Luluh hati aku tengok dia tak selesa kena drip air sampai 4botol. Huhuhuhu 😔 I learned so many things about kebersihan. Geram tau bila Razzin ni suka sangat masuk everything into his mouth. Haish. Sampai rasa give up camna nak train him jangan masukkan apa2 dalam mulut. But still...... 🙄


Since that day aku rasa macam dah decided untuk jadikan Razzin anak tunggal sebab aku tak sanggup la tengok anak nangis sakit camtu. Pastu letih dia macam astaga kalau ingat balik aku tak sekuat sesabar tu kot. Penat sangat 😫 Tapi tulah manusia ni mulut kata camtu tapi perbuatan tak seiring kan. We as parents memang plan nak bagi Razzin adik soon but not too soon kot. Huhuhuhu.


Tapi macam dah ter-accident je ni since aku punya instinct to do urine test is sooooo high. Actually semalam sepatutnya my 1st day of period tapi tak keluar any straint of blood kan. Lalu aku pun buatlah urine test. This is 3rd time ok. 1st & 2nd test done since 1 & 2 day before hahahaha. Suspicious sangat kan. Ok result yang 1st & 2nd test tu -ve so aku ok je tunggu hari period keluar ke tak kan. Balik kerja semalam (jumaat) aku nak membuang air so lelaju selit kan upt tu. Memula nampak 1 line je ok hahahaha.


Pastu biarkan je upt strip tu atas flush pum tu kan tetiba macam eh ada highlight line lagi 1 hahaha 😝😝 ok terus cuak. Tak tahu nak buat apa kan padahal benih laki ko sendiri kan hahaha 😂😂




Pagi ni buat lagi sekali urine test and still tak clear lagi line T tu tapi nampak la kan. So kesimpulannya, InsyaAllah by end of this year (nov17) akan jadi parents of two child huhuhuhu. What a dream 😅

Sekian coretanku 🤰🏻

Monday, October 10, 2016

28th


10.10.1988-10.10.2016


Hari ni genap dah umur aku cecah 28 tahun. Alhamdulillah Allah masih pinjamkan nyawa dan jasad ni. Setakat jam ni la. Kot petang kang Allah mintak balik, kena la pulangkan kan. Hahahaha.

So far, just a wishes. Not even a celebration. Takpe aku dah biasa takde apa-apa surprise dari suami or family or kengkawan. Hahaha. Mak redhooo.

Oh ye. Dah hampir seminggu aku mengalami rashes yang cam gambar bawah ni.



Memang tak pernah selesa. Hari Isnin malam last week, pukul 3-4 pagi aku terjaga sebab gatal sangat kat peha dengan perut. Sekali bangun tengok dah cenggini. Dulu masa zaman study kat uthm memang selalu jugak kena waktu duduk kolej perwira. Tak tahulah faktor air ke udara ke atau darah aku kotor atau apa. I is stress :(